Penyiasat Belanda dan antarabangsa memperbaharui usaha mencari cebisan mayat mangsa dan serpihan pesawat Malaysia Airlines, penerbangan MH17 yang terhempas di kawasan bergolak timur Ukraine.
Semua 298 penumpang serta anak kapal termasuk 193 daripada warga Belanda, meninggal dunia setelah pesawat malang berkenaan ditembak jatuh di Ukraine tahun lalu.