Tokoh Wartawan Negara Datuk A Kadir Jasin mendedahkan pindaan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 yang dibentangkan baru-baru ini meletakan wakil rakyat dalam kelompok 1 peratus golongan yang berpendapatan paling tinggi.
Justeru katanya, mereka perlu kembali kepada kontrak sosial yang ditandatangani semasa pilihan raya kerana ramai lebih mementingkan diri, keegoaan dan parti daripada ikrar janji kepada pengundi.