Naib Presiden Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Selangor Mohamad Abdul Rahman mengumumkan pasukan sukarelawan NGO itu turun membantu calon PKR pada pilihan raya kecil Permatang Pauh mulai Sabtu ini.
Bagaimanapun, katanya, tiada arahan supaya mereka berkempen bagi membantu calon PAS yang bertanding di kerusi parlimen Rompin.