PAS bersetuju kerusi ketua pembangkang Dewan Rakyat diserahkan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.
Ketua Whip PAS Datuk Mahfuz Omar dalam video yang disiarkan di portal Harakahdaily, berkata keputusan itu dibuat oleh presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas mesyuarat kelmarin.