Indonesia dan Malaysia bersetuju untuk terus menghulurkan bantuan kemanusiaan dengan menawarkan tempat perlindungan sementara kepada 7,000 pendatang yang masih terkandas di laut.
Dalam kenyataan bersama yang dibacakan oleh Menteri Luar Datuk Seri Anifah, kedua-dua negara bersetuju berbuat demikian dengan syarat proses penempatan semula dan penghantaran pulang dijalankan dalam tempoh setahun oleh masyarakat antarabangsa.