Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengheret sultan dalam kemelut politik tanah air dikhuatiri memberikan imej yang negatif, kata bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin.
Katanya, tindakan Najib itu hanya mengguris perasaan rakyat yang memberikan sokongan terhadap beliau sebagai perdana menteri. Beliau merujuk kepada ucapan Najib di pangkalan udara Tentera Udara Di Raja Malaysia, Kuantan Sabtu lalu.