Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menolak alasan kelewatan memberi notis kepada presiden dan pengarah eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Shahrol Halmi punca mereka gagal menghadiri pada prosiding siasatan institusi parlimen itu.
Pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, PAC menghantar surat kepada Kementerian Kewangan untuk memanggil kedua-dua mereka pada 6 Mei lalu supaya mereka hadir pada 26 Mei.