Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tulisan terbaru di blognya berkata, beliau percaya rancangan untuk menyelamatkan 1MDB akan berakhir dengan rakyat menanggung bebannya.
Beliau merujuk usaha rancangan firma Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) untuk menyuntik dana sebagai tukaran bagi tanah 1MDB di Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia.