Menteri Kemajuan Luar Bandar Datuk Seri Shafie Apdal berkata tiada sebab beliau harus melepaskan jawatannya hanya kerana sekadar menimbulkan sesuatu yang mempunyai kepentingan orang ramai.
Beliau mengulas spekulasi bahawa dirinya mungkin berundur selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi amaran kepada semua anggota jemaah menteri supaya meletakkan jawatan jika tidak menyokongnya dalam kemelut 1MDB yang sarat hutang.