Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memilih untuk membisu apabila wartawan berterusan mengasak beliau dengan soalan selepas majlisnya di tingkat tujuh bangunan Mercu UEM di Kuala Lumpur sehingga keretanya.
Beliau hanya tersenyum simpul apabila soalan mengenai 1MDB dan amaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mencabar menteri kabinet yang tidak bersetuju dengannya supaya meletakkan jawatan dilemparkan tanpa henti.