Kekalahan barisan kepimpinan lama PAS yang digelar sebagai kumpulan progresif, pada pemilihan parti baru-baru ini, menjadikan parti itu semakin kukuh , kata bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin.
Menurutnya, kemenangan pemimpin yang memihak kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang walaupun berdepan krisis dengan DAP membuktikan bahawa ia kini adalah parti alternatif kepada Umno.