Buktikan ada tawaran beli tanah Tabung Haji, kata MP

KiniTV 2015-08-04

Views 1

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mencabar kerajaan untuk mendedahkan bukti bahawa ada pihak yang sedia membeli tanah kontroversi yang dibeli Tabung Haji daripada 1MDB pada harga yang lebih tinggi daripada harga yang dibayar.

Katanya, kegagalan berbuat demikian membuktikan bahawa Tabung Haji telah membayar harga yang tinggi bagi tanah di Tun Razak Exchange (TRX) demi menyelamatkan firma pelaburan negara yang sarat hutang itu.

Share This Video


Download

  
Report form