Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Annuar Musa mengingatkan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad tidak suka apabila timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecamnya di media asing.
Bagaimanapun, bekas menteri kabinet itu berkata Mahathir kini menggunakan taktik yang sama bagi melepaskan rasa tidak puas hatinya ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak menerusi kenyataannya di akhbar New York Times.