Taliban serang parlimen, bunuh wanita, kanak-kanak

KiniTV 2015-08-04

Views 19

Seorang wanita dan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun mati apabila tujuh anggota militan Taliban, menyerang bangunan Parlimen Afghanistan hari ini.

Sebelum itu, kumpulan itu berjaya meletupkan kereta berhampiran bangunan parlimen dan cuba menyerbu masuk sehingga mengakibatkan ahli parlimen bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Insiden itu turut disiarkan secara langsung, menunjukkan keadaan huru-hara ketika kejadian berlaku. Bagaimanapun, serangan itu berakhir selepas semua tujuh anggota militan terbunuh.

Share This Video


Download

  
Report form