Gelombang panas landa Pakistan, 140 maut

KiniTV 2015-08-04

Views 13

Gelombang panas yang melanda Karachi serta tiga buah daerah di wilayah Sindh, selatan Pakistan sejak Sabtu lalu lalu telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 140 orang terkorban.

Karachi mencatatkan suhu tinggi mencecah 45 darjah Celcius kelmarin, tidak jauh daripada catatan suhu paling panas pernah dicatatkan di bandar raya ini iaitu 47 darjah Celcius pada Jun 1979.

Berikutan itu, pihak berkuasa tempatan mengarahkan semua hospital mengambil langkah berjaga-jaga, selain membatalkan cuti bagi setiap doktor dan kakitangan perubatan serta memperbanyakkan stok simpanan ubat.

Share This Video


Download

  
Report form