Takiyuddin: Hadi tak hadir kerana kurang sihat

KiniTV 2015-08-03

Views 15

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan memaklumkan bahawa Datuk Seri Hadi Awang tidak hadir pada pertemuan tergempar ahli parlimen dan NGO progresif di bangunan Parlimen hari ini kerana keadaannya yang uzur

Katanya, Hadi sebelum ini telah beberapa hari berada di Kuala Lumpur dan sebagai seorang yang berusia, beliau dikatakan tidak sihat dan telah pulang ke Kuala Terengganu.

Pertemuan hari ini bertujuan membincangkan dakwaan akbar The Wall Street Journal bahawa USD$700 juta dana 1MDB disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Share This Video


Download

  
Report form