Menukar Perdana Menteri Datuk Seri Najib sahaja tidak cukup untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang berlaku dalam negara, kata bekas ketua pembangkang yang sedang dipenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebaliknya, Anwar dalam satu kenyataan media yang dikelaurkan oleh PKR berkata, usaha menukar Najib yang digerakkan Tun Dr Mahathir Mohamad – mentor yang kemudian menjadi musuh politiknya – tidak akan membawa perubahan sebenar.