Ketua Biro Undang-undang, Pemuda Gerakan, Chai Ko Thing menafikan spekulasi bahawa rusuhan di Plaza Low Yat, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada malam Ahad lalu sengaja diadakan bagi mengalihkan tumpuan rakyat daripada skandal 1MDB yang sarat hutang.
Katanya, apa yang berlaku itu bukannya taktik kerajaan untuk mengalih tumpuan tetapi berpunca akibat kecurian yang kemudiannya bertukar menjadi rusuhan.