Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata beliau memandang serius tindakan pihak yang cuba 'memerdekan' Sarawak kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia.
Mengulas, tindakan orang ramai yang tidak menghiraukan amarannya supaya tidak menghadiri perhimpunan #722 Sarawak Freedom, di Kuching, Sarawak hari ini, katanya, pihak polis sedang memantau perkembangan itu.