PMSP janji tampilkan Lester Melanyi minggu depan

KiniTV 2015-07-29

Views 8

Presiden NGO Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin Malaysia (PMSP) Ramesh Rao berjanji bahawa bekas wartawan Lester Melanyi yang membuat pendedahan video kononnnya portal Sarawak Report memalsukan bukti terhadap 1MDB akan tampil pada sidang media minggu hadapan.

Bagaimanapun, katanya, tarikh berkenaan belum ditetapkan dan mengakui kepada wartawan bahawa beliau ada berjumpa dengan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum berjumpa dengan Melanyi.

Share This Video


Download

  
Report form