Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA) mendakwa hampir menemui planet ‘kembar’ bumi susulan penemuan lapan planet baru yang mengelilingi orbit.
Menurut pakar astronomi, dua daripa planet berkenaan mirip bumi dan mempunyai permukaan keras serta berbatu.
Planet-planet itu dikesan menerusi teleskop angkasa yang boleh mencerap lebih 150 ribu bintang, Kepler yang setakat ini sudah menemui 554 planet baru.