Najib jumpa Agong, adakah Muhyiddin dipecat?

KiniTV 2015-07-29

Views 266

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak difahamkan sudah menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bagi mempersembahkan senarai rombakan kabinet.

Utusan Online selepas tengah malam semalam melaporkan bahawa Najib dijangka melakukan rombakan pertama sejak kabinetnya dibentuk pada 2013. Manakala portal The Malaysian Insider yang memetik sumber berkata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang lantang mengkritik cara Najib menagani skandal 1MDB mungkin dipecat.

Share This Video


Download

  
Report form