Laman Facebook Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini dibanjiri dengan mesej "#najibletakjawatan" sejak semalam, selepas beliau menggugurkan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam posting Najib mengenai kabinet barunya, ruangan komen dibanjiri hampir keseluruhannya dengan mesej yang sama: #najibletakjawatan.